Monday, 4 February 2013

Flash Back

Alhamdulillah..

Itu perkataan yang mampu aku serukan sebaik bangun dari tidur..maasih dalam keadaan mamai ni..sakit sangat perut ni..Allah punya ujian kepada seorang wanita memang cantik..sebelum melangkah ke sesuatu alam..Allah beri kita kebiasaan untuk merasa kesakitan..kesakitan senggugut..kata orang sakit senggugut lebih kurang sakit nak melahirkan..tapi aku rasa mesti lagi jauh rasa sakit tu..Alhamdulillah..insyaallah aku boleh! haha

Aku tidak berniat untuk menzahirkan blog ini pada sesiapa..kerana tidak apa yang aku boleh kongsikan dengan pembaca..plus, aku memang jarang update blog ni..sejujurnya aku diary-type person..sejak aku darjah 4 lagi..ayah ada hadiahkan aku sebuah diari..warna pink...ingat lagi :)

Dan setiap tahun diari aku silih berganti..habis semua muka surat nya aku tulis...mengarut ngarut je dalam tu..hehe..dan perkara tu memang berlanjutan sehinggalah aku mencecah belasan tahun..Tapi selepas aku masuk UiTM..aku mula guna e-Diary...bagi aku ianya lebih selamat..dan tahan lama..tapi kurang privacy pulak..so sejak tu aku dah mula ber-diary dalam notebook je..aku type setiap hari..lepas solat subuh...sehingga sebelum aku tidur..ade je yang aku carutkan..haha

Waktu tu aku buat diary guna Microsoft Word..dari sehelai...dah jadi beribu-ribu helai..bayangkan betapa banyaknya carutan yang aku carutkan dalam tu..Raihan Raihan..

And lama kelamaan..aku mula rindu pada diary konvensional..tangan rasa nak menulis atas kertas...jari dah penat menaip..dah kalahkan secretary rasanya kalo aku dah mula menaip diary..haha..

Itu semua dulu .. lepas Grad..aku dah mula ada blog..time tu rasa seronok sgt sebab apa yang tulis orang baca..rasanya bahagia..dunia dunia...lepas beberapa tahun berblogging..aku delete blog aku..semua entry aku habis..memang sayang..tapi aku rasa ada sesuatu dalam hati aku..tiap kali orang baca entry aku..Riak barangkali..tapi yang paling penting sebab aku jenis yang menulis tentang diri sendiri..seumpama aku menulis dalam diary aku,,jadi banyak perkara tentang diri aku yang orang luar tahu..which aku dah tak nak reveal kan semua tu...astaghfirullah..syaitan tu bijak betul..even dalam ni pun dia nak kaco aku..mungkin blogger di luar sana tak ada masaalah macam aku..jadi teruskan usaha.. :)

No comments:

Post a Comment