Thursday, 25 October 2012

Perasaan adalah Ajaib

Buku kesayangan aku..
 
Ya Allah......kenapa aku  rasa rindu sangat kat dia ni??
Wei..tolong aku wei..asal ea aku sedih sekarang ni?
Beb, aku rasa aku dah mula suka kan dia la..

Hmm..aku manusia..anda semua manusia...kita semua manusia yang Allah ciptakan..dengan sebaik baik kejadian..Subhanallah. Kan??

There's one time..when Allah give me a chance.. to feel this beautiful feeling..Sumpah aku hampir gila bila terfikir tentang perkara ini..bukan apa..cuba kita fikirkan..macam mana ciptaan tuhan iaitu Hati..dapat menampung semua perasaan yang ada di dunia ni..Ajaib kan? Waktu Allah pinjamkan aku perasaan tu..aku mula hilang kawalan..rasa terbuai -buai perasaan..bak kata orang..mandi tak basah..tidur tak lena..alhamdulillah aku still boleh mandi dengan basah dan makan sehingga kenyangnya walau di serang dengan perasaan tu..haha

Ok berbalik pada soal hati ni..cuba selam and fikir betul-betul..macam mane kita boleh ada rasa sayang pada seseorang? Aku selalu fikir perkara ini..sebab bila berfikir tentang perkara ni..akan timbul rasa kagum pada kebesaran Allah yang satu ni..

Untuk yang dah selalu bercinta..mesti anda semua rasa sakit bila rindukan si dia kan? tapi cuba anda bayangkan macam mane dada kita boleh sakit kalau rindukan seseorang?Kalo aku sendiri..akan sakit perut dan sesak dada..pelik sangat..huhu..memang ajaib..

Rasa kasih..sayang..cinta adalah sesuatu yang kita semua tak dapat sentuh atau rasa..ianya sesuatu yang kita tak akan boleh lihat atau ukur secara kuantiti..kita je yang boleh rasa apa yang ada dalam hati tu..Serious..aku dah mula gila sebab fikir lagi..

Menyentuh tentang perasaan ni..aku nak kongsikan sedikit pengalaman yang rata-rata anda semua insyaallah dah rasa..sebelum tu...pernah tak anda semua rasa bersalah selepas melakukan dosa?pernah tak rasa menyesal dengan apa yang anda katakan? kalau ye..maka cepat-cepat la bersyukur pada Allah..kerana Dia masih sayang pada anda..

Nak jaga hati lebih sukar daripada  menjaga bahagian badan yang lain..sebab hati ini Allah jadikan dia berbolak balik..hati juga boleh berubah-ubah..berfungsi mampu menerima perkara baik ataupun jahat and ada doa lagi khas untuk hati kita ni..
 
" Ya Muqallibal Qulub..thabbit Qalbi 'ala diinik..wa 'ala to'atik.."
 
Allah sendiri sudah sediakan doa khas untuk kita supaya tetap dengan jalanNya..tetapi kita tak nak jugak buat kan??
Aishhh..

Antara tanda Allah sayang pada kita adalah dengan mencampakkan perasaan serba salah atas perkara dosa yang kita lakukan..Sangat beruntung bagi orang yang dapat rasa benda ni..dan rugi bagi yang tidak..sebab di khuatiri Tuhan tidak mempedulikan kita lagi..cepat-cepat la beristighfar..Jangan sampai tiap perkara dosa kita rasa berbangga bila melakukannya..



Tak kesah la..itu bukan pesanan untuk anda sahaja..malah berkali ganda khususnya untuk aku sendiri..satu pesanan yang ingin di kongsikan..tiap perasaan yang kita dapat hari ini..jagalah dengan baik..Ingat Perasaan adalah Ajaib..

Thursday, 6 September 2012

Aku memilih atau aku berhak membuat pilihan?

Ramai orang asyik bertanya bila aku nak kawen?Ya Allah kalau la aku ni boleh tau jawapan nya dah lama aku buat sesuatu supaya cepat sikit proses nak kawen tu..
Agak serabut bila ramai sangat orang tanya soalan yang sama tiap kali berjumpa..mugkin dah tak ada soalan lain nak tanya kalau nampak muka aku ni..

Entah la..atok aku cakap aku ni memilih..nak yang kaya la..nak yang kerja bagus la..aishh..tak kan la aku nak main sebat je mana-mana yang datang kan?

bagi aku senang je..aku rasa aku bukan la memilih..cuma pilihan yang datang tu kurang menepati apa yang aku nak sebagai seorang suami..Ada yang tanya aku apa kriteria suami pilihan..bagi ak simple je..Agama.. itu jadi keutamaan..sebab aku nak dia jadi imam aku kalau kami solat di rumah..aku nak kami boleh tadarus sama sama tiap kali kami mengaji..atau boleh beri aku sedikit ilmu untuk di kongsi kan..

Tapi..makin lama makin aku kenal kaum lelaki ni..aku rasa preferences aku adalah memihak kepada :

1) Agama semestinya
2) Tak payah handsome sangat-bagi aku Honda Civic type R adalah paling macho!
3) Tak nak tinggi sangat..sedang sedang je..
4) Mungkin dia perlu cerah sikit..
5) Haaa..yang last ni agak pelik sikit..sebab aku rasa la..aku suka pada yang bukan sebaya..haha..muda barangkali..

Tak tahu la..ini apa yang aku rasa..hehe

Mudah je sebenarnya..tp belum ada yang berani datang..yang menyapa ada..tapi hati aku xberapa ringan nak terima..hehe..

Jadi, bagi siapa yang boleh jadi lelaki yg aku nak..boleh la cadangkan diri anda..hahaha..

Saturday, 21 July 2012

Ya Allah banyak ujian aku terima dari Allah..which bukan la ujian berat sangat..cuma aku ni hamba ALlah yang lemah, so dugaan yang sedikit dah rasa bebannya..

Sekarang fikiran aku sangat berkecamuk dengan masalah baru dan perasaan baru ..
Apa hikmah Allah beri aku semua ni? Apa hikmah aku dapat perasaan baru ni? Jumpa orang baru..environment baru..semua adalah baru untuk aku..

Perasaan baru aku ni sangat menyesakkan dada.. sebab aku akan berjanji akan sentiasa berwaspada dengan perasaan ni..haha..new life new feelings.. :)

Words

After a year i've let myself and my finger rest from this blogging thingies..and now..here i come..
Ya Allah..aku sudah sangat lama tidak berblogging ni..lama gile! sebab blog aku dulu dah delete..kalau  boleh aku nak start a new me..Iman Hana..

Since we are in month of Ramadhan..so, lets improve ourself!

Thursday, 5 July 2012

Pengalaman



Ingin aku coretkan sedikit pengalaman aku dalam menempuh hidup mencari teman menuju Ilahi..
Seperti yang aku katakan sebelum ni..aku bukanlah gadis yang cantik..yang ada keistimewaan..biasa-biasa je..dan tipulah kalau tak ada lelaki yang aku pernah kenal dan berkawan..dan sepanjang umur aku ni..aku boleh kira berapa lelaki yang pernah muncul dan jadi sebahagian daripada sejarah hidup aku..dan semua ini memang menjadi pengajaran untuk aku..tapi semuanya bukanlah teman special..atau boy friend..hanya rakan biasa yang aku kenal..tapi aku belajar sesuatu tentang mereka..sepanjang aku berkawan...

Dan semua lelaki yang aku kenal.memang aku ceritakan pada ayah dan emak..bukan tujuan ape-ape..cuma berkongsikan rasa dan pandangan tentang mereka..

Kata ayah..

" Kalau akak nak berkawan..berkawan la..cuma ingat..setiap kali berkawan tu. perlu ada niat untuk mencari seorang suami..sebab tidak ada istilah best friend antara seorang lelaki dan perempuan..itu semua ke arah zina.." Glup sebentar..huhu

Tapi memang betul kan?? dan berapa banyak " ke arah zina" yang aku dah buat? Ya ALlah...macam mana aku nak dapatkan Mr Baba yang boleh teman aku bangun Qiam kalau aku sendiri teruk??

Dan sejak haritu..aku mula bataskan pergaulan..bukan langsung tidak berkawan..cuma aku dah mula amalkan doa tiap kali aku kenal dengan rakan berlainan jantina..

" Ya ALlah..andai si polan bin si ppolan ni bagus untuk agamaku..bagus untuk keluargaku..bagus untuk sanak saudaraku..bagus untuk akhiratku..maka dekatkan kami dan satukanlah kami..tapi andai si polan bin si polan ni tidak baik untuk seluruh kehidupanku dan akhiratku..maka buangkan perasaan ku ini dan putuskan lah hubungan kami"

Insyaallah..itulah doa tiap kali aku amalkan selepas solat..

Dan alhamdulillah Allah tunjuk kan sesuatu hasil amalan doa tersebut..rakan berlainan jantina itu pergi..seorang demi seorang..sah dia bukan baik untuk ku..

Mungkin susah untuk jumpa You..mungkin You sekarang ni sedang mempersiapkan diri ke arah kebaikan..sedang mencari kekuatan untuk membimbing aku..

InsyaAllah.

Wednesday, 4 July 2012

Peneman Qiam



Sejujurnya blog ni akan berkisarkan kepada kehidupan aku yang mencari teman menuju Ilahi..Oleh sebab aku masih belum berpunya..haha..wowww.ayat aku..tak nak kalah...

Hidup aku sekarang dah totally berubah..tapi doa ku..tetap sama..supaya di pertemukan dengan Mr Baba..i miss him now..tapi hari ni tak tulis note..kertas nota tu dah habis..huhu..

Aku sangat mencari seorang lelaki yang boleh teman dan sama-sama dengan aku untuk bangun Qiam..mesti best! hihi.. aku nak lelaki yang boleh bersusah senang dengan aku..sebab aku sangat minatkan bidang perniagaan..and aku harap die boleh terima aku seadanya..sebab aku bukanlah kategori yang cantik..aku biasa je..

Ya Allah..mungkin aku belum mampu untuk jadi seorang isteri..sebab tu Mr Baba aku masih belum datang..hehe..

Oh Mr Baba..