Thursday, 25 October 2012

Perasaan adalah Ajaib

Buku kesayangan aku..
 
Ya Allah......kenapa aku  rasa rindu sangat kat dia ni??
Wei..tolong aku wei..asal ea aku sedih sekarang ni?
Beb, aku rasa aku dah mula suka kan dia la..

Hmm..aku manusia..anda semua manusia...kita semua manusia yang Allah ciptakan..dengan sebaik baik kejadian..Subhanallah. Kan??

There's one time..when Allah give me a chance.. to feel this beautiful feeling..Sumpah aku hampir gila bila terfikir tentang perkara ini..bukan apa..cuba kita fikirkan..macam mana ciptaan tuhan iaitu Hati..dapat menampung semua perasaan yang ada di dunia ni..Ajaib kan? Waktu Allah pinjamkan aku perasaan tu..aku mula hilang kawalan..rasa terbuai -buai perasaan..bak kata orang..mandi tak basah..tidur tak lena..alhamdulillah aku still boleh mandi dengan basah dan makan sehingga kenyangnya walau di serang dengan perasaan tu..haha

Ok berbalik pada soal hati ni..cuba selam and fikir betul-betul..macam mane kita boleh ada rasa sayang pada seseorang? Aku selalu fikir perkara ini..sebab bila berfikir tentang perkara ni..akan timbul rasa kagum pada kebesaran Allah yang satu ni..

Untuk yang dah selalu bercinta..mesti anda semua rasa sakit bila rindukan si dia kan? tapi cuba anda bayangkan macam mane dada kita boleh sakit kalau rindukan seseorang?Kalo aku sendiri..akan sakit perut dan sesak dada..pelik sangat..huhu..memang ajaib..

Rasa kasih..sayang..cinta adalah sesuatu yang kita semua tak dapat sentuh atau rasa..ianya sesuatu yang kita tak akan boleh lihat atau ukur secara kuantiti..kita je yang boleh rasa apa yang ada dalam hati tu..Serious..aku dah mula gila sebab fikir lagi..

Menyentuh tentang perasaan ni..aku nak kongsikan sedikit pengalaman yang rata-rata anda semua insyaallah dah rasa..sebelum tu...pernah tak anda semua rasa bersalah selepas melakukan dosa?pernah tak rasa menyesal dengan apa yang anda katakan? kalau ye..maka cepat-cepat la bersyukur pada Allah..kerana Dia masih sayang pada anda..

Nak jaga hati lebih sukar daripada  menjaga bahagian badan yang lain..sebab hati ini Allah jadikan dia berbolak balik..hati juga boleh berubah-ubah..berfungsi mampu menerima perkara baik ataupun jahat and ada doa lagi khas untuk hati kita ni..
 
" Ya Muqallibal Qulub..thabbit Qalbi 'ala diinik..wa 'ala to'atik.."
 
Allah sendiri sudah sediakan doa khas untuk kita supaya tetap dengan jalanNya..tetapi kita tak nak jugak buat kan??
Aishhh..

Antara tanda Allah sayang pada kita adalah dengan mencampakkan perasaan serba salah atas perkara dosa yang kita lakukan..Sangat beruntung bagi orang yang dapat rasa benda ni..dan rugi bagi yang tidak..sebab di khuatiri Tuhan tidak mempedulikan kita lagi..cepat-cepat la beristighfar..Jangan sampai tiap perkara dosa kita rasa berbangga bila melakukannya..



Tak kesah la..itu bukan pesanan untuk anda sahaja..malah berkali ganda khususnya untuk aku sendiri..satu pesanan yang ingin di kongsikan..tiap perasaan yang kita dapat hari ini..jagalah dengan baik..Ingat Perasaan adalah Ajaib..